Wednesday, March 25

Kegelapan Dunia "Mental"


Assalamualaikum
24.03.2020 | 11:45 malam, aku memulakan tugas yang dah lama aku tinggalkan. Kata orang, pena yang bernari tapi kini biarkan jari jemari yang bernari riang. Cewah!

Hampir 2 tahun berlalu, si ibu pergi menghadap ilahi tatkala beberapa minggu lagi syawal bakal menjelma. Masih aku teringat hilai tangisan sang abang, adik dan aboh saat Tuhan menjemput sang ibu pulang kepangkuannya.

Setahun yang berlalu semakin dihampiri hitungan 2 tahun yang bakal menjelma, banyak perubahan yang berlaku pada diri aku dan keluarga. Urusan yang pernah si ibu kerjakan dah jadi 100% tugasan harian aku. Nampak gaya tak perlu kerja diluar tapi kerja dirumah. Nak kata aku ni langsung tak kerja tak masuk akal jugak ya. Alhamdulillah, sekarang aku bekerja sebagai Pereka Grafik sambilan. Alhamdulillah, benarlah kalau kita dahulu hal yang lebih baik, yang lebih diredhai Allah, inshaallah yang baik-baik juga datang untuk kita.

Kawan, sebenarnya sudah hampir 1 tahun lelebih tahun aku menghidap penyakit yang mana tak semua rakyat marhaen fahami. Pada dasarnya, hanya mendengar tapi tidak memahami. Sungguhpun, masa aku kali pertama diagnosis penyakit ni, aku takut sangat kalau-kalau keluarga aku tak mampu nak menerima salah sorang dari kaum keluarga ada penyakit Mental macam aku.

Ya, aku pesakit mental seangkatan dengann bipolar disorder, anxienty dan major depressive disorder. Sungguh aku cakap, penyakit ni sebenarnya tak pandang siapa kita. Samada kita ni imam masjid, hafiz atau hafizah malahan anak kecil yang tak berdosa pun boleh terjatuh dalam lembah gelapnya dunia despresi. Banyak orang cakap penyakit ni selalunya akan serang mereka yang “lemah” iman. Nauzubillah. Aku langsung tak setuju.

Sepanjang aku berjuang dengan penyakit ni, tipulah kalau akal pikiran ni bebas dari “mengingati” indahnya andai kita mati. Hanya dengan kesabaran dan kekuatan inshaallah kita mampu atasi.
Banyak yang aku nak kongsi sebenarnya tapi pada dasarnya penulisan bukan lagi sesuatu yang aku boleh kata sesuatu yang aku minat buat masa kini. Kalau ada yang nak tahu apa tu depressi, bipolar disorder dan anxienty, korang bolehlah google ya.

Sekian, setakat ini nukilan yang boleh aku coretkan. Kawan, doakan aku ya semoga aku mampu melangkah dengan gagah dan kuat serta mampu berkongsi sedikit demi sedikit perihal penyakit ni dan bagaimana aku boleh “terjatuh” dalam gelapnya dunia depresi.

No comments:

Post a Comment