Sunday, November 26

TERUS BERDIRI

Aku belajar sesuatu tentang hidup, tidak semua perkara yang kita lakukan akan mendapat respon yang baik dari setiap pelusuk jiwa. Adakala hati manusia perlukan "makanan" yang hasilnya dari kata baik seorang manusia. Sungguh kadang aku hilang dari hati sendiri semata untuk melihat bagaimana manusia lain mententeramkan hatinya yang sedang galau. Aku masih belajar dan aku tahu sakitnya rasa untuk memahami.

Hari ini, aku lihat ada sedikit senyuman yang dia hiris saat mimpi baik itu mampir, saat aku melihat dia mengelus lembut hatinya, memang benar manusia itu hanya mahukan mimpi baik yang mendamaikan hati. Manusia itu tidak mahukan mimpi buruk tapi itu satu ujian buatnya, ujian untuk menilai semampu apa dia saat menerima perkhabaran itu. Tidak buruk, tapi masih ujian.

Kalau nanti, kamu diuji diluar pemikiranmu percayalah Tuhan tahu kamu mampu. Tetap senyum kerana itu satu cara untuk kamu terus kuat. Ada waktu manusia itu diam bukan kerana dia bingung tapi kerana dia berusaha untuk terus memujuk hatinya dari terus jatuh dari jurang yang dibenci Tuhan.

Dan bila esok datang kembali seperti selalu, teruslah kau gagah melangkah. Adakala, senyumanmu dan juga kuatmu adalah satu alasan kenapa masih ada insan yang masih gagah berdiri. Sungguh dalam diam, pasti ada yang mengagumimu.

Jika nanti laut tidak lagi bergelora, dunia berakhir dan aku mula hilang dalam perlahan. Percayalah kata aku takkan mati yang tiggal hanya sisa kekuatan yang pernah aku pinjam dari insan lain. Setiap manusia yang hari ini mampu gagah berdiri terselit kekuatan insan lain yang dia pinjamkan.

2 comments:

  1. saya naksir sama anda, anda hebat dalam bahasa anda.
    aku keliru aku keliru selalu begitu....lagu tu

    ReplyDelete