Assalamualaikum. Bismillah
23.8.25 | 11:40 malam. Aku mulakan dengan menari-nari kan jari jemari setelah 24 purnama tinggalkan blog ni. Tahun ni masih lagi difasa jiwa yang menyakitkan. Aku masih lagi pesakit yang sama. Pesakit mental yang telah bertahan selama 92 purnama. Sepanjang 92 purnama, aku belajar untuk terus bersyukur. Belajar menerima apa yang ditakdirkan untuk aku, belajar terima seseorang yang hanya dijadikan sebagai persinggahan untuk aku.
Tahun ini, tahun yang sedikit berat untuk kaki aku melangkah gagah. Kehilangan seorang lagi ahli keluarga. Kesedaran tentang, apa yang kita yakin dan terbaik untuk kita belum tentu Allah mengabulkan. Boleh jadi ia sekadar untuk mengajar. Awal bulan Januari, aku berkeputusan untuk menabur bakti ke bumi kelahiran. Tapi entah mungkin silap percaturan, Terengganu sekadar untuk aku lewati lalu pulang bukan untuk aku pulang dan terus pulang. Mungkin dek kerana bertahun sudah aku berkelana ke bumi selatan, jadi rasa janggalnya membuak-buak untuk aku terus di pantai timur tanah air. Harapnya rakan pembaca boleh faham apa yang aku nak sampaikan. Otak masih belum terasah.
Tahun ni juga, "double: kelahiran terjadi dalam keluarga aku dan terlahirnya dua orang lelaki ke dunia untuk dijadikan Khalifah disisi Tuhan Yang Esa. Dalam pada gembira, ada seseorang yang mesti aku lepaskan. Seseorang yang menemani aku dan keluarga selama 5 tahun. Tak tahu bagaimana aku harus rungkai kan. Cukup la, sekadar Tuhan yang tau betapa pedih untuk aku menerima. Semoga ada jodoh untuk bersatu kembali. Manusia sentiasa berharap yang terbaik tapi Tuhan berkehendak lain.
Cukup cerita untuk hari ini, panjang umur akan aku karang lagi.
No comments:
Post a Comment