Wednesday, May 9

Mahu yang TERBAIK

Saat aku buka mata, cerita lalu menghantui kembali.
Aku merenung sejenak, memikirkan setiap kesilapan yang aku lakukan.
Ada waktunya, dimana silap aku mengatur setiap langkah,
apa aku cukup kuat untuk menghela setiap bebanan itu?!

Namun, percaturan dari Tuhan lebih indah

Entah, aku masih keliru. Keliru dengan percaturan satu hati.
Hari demi hari, aku benarkannya.
Usah risau teman, aku manusia tanpa hati
Yang hanya mahu hidup sampai mati.

Kalau hendak aku bicarakan soal salah lalu, entah pasti kamu juga akan lupa.
Dan andai diselak keinginan soal depan,
aku pasti mahukan yang terbaik.

3 comments:

  1. Cerita lalu jadi kenangan. Kesilapan lalu jadikan pengajaran. Banyakkan berdoa semoga masa depan akan sentiasa beroleh kebaikan.

    ReplyDelete