Saturday, August 23

KEMBALI PULANG

 Assalamualaikum. Bismillah

23.8.25 | 11:40 malam. Aku mulakan dengan menari-nari kan jari jemari setelah 24 purnama tinggalkan blog ni. Tahun ni masih lagi difasa jiwa yang menyakitkan. Aku masih lagi pesakit yang sama. Pesakit mental yang telah bertahan selama 92 purnama. Sepanjang 92 purnama, aku belajar untuk terus bersyukur. Belajar menerima apa yang ditakdirkan untuk aku, belajar terima seseorang yang hanya dijadikan sebagai persinggahan untuk aku.

Tahun ini, tahun yang sedikit berat untuk kaki aku melangkah gagah. Kehilangan seorang lagi ahli keluarga. Kesedaran tentang, apa yang kita yakin dan terbaik untuk kita belum tentu Allah mengabulkan. Boleh jadi ia sekadar untuk mengajar. Awal bulan Januari, aku berkeputusan untuk menabur bakti ke bumi kelahiran. Tapi entah mungkin silap percaturan, Terengganu sekadar untuk aku lewati lalu pulang bukan untuk aku pulang dan terus pulang. Mungkin dek kerana bertahun sudah aku berkelana ke bumi selatan, jadi rasa janggalnya membuak-buak untuk aku terus di pantai timur tanah air. Harapnya rakan pembaca boleh faham apa yang aku nak sampaikan. Otak masih belum terasah.

Tahun ni juga, "double: kelahiran terjadi dalam keluarga aku dan terlahirnya dua orang lelaki ke dunia untuk dijadikan Khalifah disisi Tuhan Yang Esa. Dalam pada gembira, ada seseorang yang mesti aku lepaskan. Seseorang yang menemani aku dan keluarga selama 5 tahun. Tak tahu bagaimana aku harus rungkai kan. Cukup la, sekadar Tuhan yang tau betapa pedih untuk aku menerima. Semoga ada jodoh untuk bersatu kembali. Manusia sentiasa berharap yang terbaik tapi Tuhan berkehendak lain.

Cukup cerita untuk hari ini, panjang umur akan aku karang lagi. 

Sunday, October 23

Yang Terbaik

Saat semesta melabuhkan tirai
Tidak aku berganjak meneruskan hari
Masih aku berteleku memandang lurus
Mengharap hanya mainan hidup

Tatkala fikiran dibelenggu
Terkapai dalam menuju realiti
Sadar aku dengan teguran Tuhan
Sayup-sayup menyusur pancaindera

Waktu yang berlalu kian menyadarkan
Selama apapun sesuatu rasa
Seperti apa keiginannya
Tuhan Maha Tahu yang terbaik

Monday, August 1

HILANG ARAH

Aku nak menulis tapi aku serabut
Aku nak meluah tapi pada “siapa”
Aku kusut tapi tak tahu
Aku penat sebab….

Otak aku dah bersarang
Entah apa yang hinggap
Terasa tapi tak boleh disentuh
Nak lari
Tapi tanpa tujuan

Monday, July 25

TAKKAN TERSIA

Kalau kita bisa menghalang satu hati daripada berkecai, kita tidak akan hidup dengan sia-sia

Jika kita mampu menyenangkan satu kehidupan yang terluka, atau menyembuhkan satu kelukaan atau membantu seekor burung yang pengsan ke sarangnya semula, aku ulang — kita tidak akan hidup dengan sia-sia

Saturday, July 23

TENTANG MALAM

Ada bagian dari malam
yang terasa kosong, sunyi
Tapi dikongsi pagi yang sama

Disana bintang, disini kabus persis tersesat.
Selepas itu — hari

Friday, July 22

CELARU

Kadang-kadang aku tertanya,
Akukah yang terlalu memikirkan soal hati sendiri?
Tanpa mempedulikan soal rasa hati yang lain?

Atau,

Sekadar aku takut, terulang lagi?
Yang langsung aku matikan tanpa berdamai
dengan waktu dulu.